
|
sweet owner Credits!
| PROBLEMS
Assalamualaikum alls :) actually isya nak cakap pasal life isya sekarang. Isya terlampau banyak problems. Hmm ada orang buat fake facebook isya, then dalam facebook tu kata isya ni bohsia bagai. Ya Allah sumpah malu! Taktau dah isya nak letak kat mana muka isya ni.
Then pasal couple. Hmm isya taktau laa, isya couple dgn sape. Tapi yang isya tahu ada satu je nama dalam hati isya, iaitu muiz. Ya Allah kenapa susah sangat isya nak lupakan muiz. Kenapa?! Bukan ini yg isya nak, bukan ini yg isya mintak! Tapi kenapa isya dapat semua masalah ni? Isya taktahu dahh, exam dah nak dekat sangat tapi isya buat macam takde pape pun nak jadi. Isya stress sebenarnya tapi isya cuba happy kan diri isya sendiri. Sebab isya takde teman, isya takde orang yg boleh buat isya happy. Tapi alhamdulillah, isya still ada kawan kawan isya yg still support isya. Thanks korang :)
Tadi isya pergi tengok wayang, sebenarnya isya malas nak keluar. Tapi isya nak lupakan masalah isya, walaupun sekejap. Takpelahhh... Isya taktau dah nak buat apa kalau duduk kat rumah. Sekarang isya dah tak banyak kongsi masalah isya dengan ibu isya, sekarang isya ada masalah pun mungkin ibu isya taktau. Isya cuma malas nak menyusahkan dia, malas nak beratkan otak dia. Sebab isya rasa isya dah banyak menyusahkan dia. Cukup la dia dah jaga isya masa kecik sampai sekarang, isya dah besar. Tapi isya sendiri terfikir kenapa kadang kadang isya melawan cakap ibu isya sedangkan dia yg jaga isya sampai isya besar macam ni.
Ya Allah, isya nak sangat berubah. Isya nak ubah life isya, isya nak jadi budak baik, budak pandai, yg boleh buat ibu dengan ayah isya happy. Isya taknak diorang rasa kecewa dengan isya. Isya taknak.... Tapi isya taktau bila isya boleh buat macam tuu. Alhamdulillah sekarang isya tengah cuba pelan pelan. Isya nak dapat nombor satu time exam, isya nak naik kelas! Taknak duduk dalam kelas yg sama, isya nak hidup isya ada kemajuan. Isya selalu cakap dengan diri isya, isya ni banyak bercakap je itu ini tapi isya tak pernah cuba nak buat. And now isya nak cuba!
Dalam hati isya, taktau la macam mana peritnya. Nak tanggung semua masalah isya nii, isya taktau dahh. Isya cuba pasrah dan redha je, isya percaya Allah tu maha kuasa :') nanti satu masa dia akan tunjuk kebenaran. Pasal facebook isya yg fake tu, hmm taktau la nak cakap apa, tapi isya memang sedih sangat. Isya mengaku isya memang ramai sangat musuh, and isya rasa itu pun musuh isya yg buat. Okay takpe, kalau ni la balasannya, isya terima. Kalau memang dia buat macam ni sebab salah yg isya pernah buat dekat isya, okay takpe. Tapii isya cuma nak tahu apa salah yg isya pernah buat dekat dia tuu.
Muiz :'( isya rindu sangat dekat muiz, isya rindu sangat dekat Muizzuddin bin Mazlan. Ya Allah, rindu sangattt. Dalam doa isya, isya selalu cakap kalau betul muiz bukan jodoh isya, tolong hilangkan rasa sayang, cinta isya dekat dia. Setiap kali solat isya akan doa, tapi taktau kenapa isya sampai sekarang tak mampu :'( apa semua ni Ya Allah? Aku dah tak sanggup nak lalui segala ujian-Mu :( kadang kadang aku ada jugak terasa takde semangat nak hidup, tapi aku takut sangattt. Aku taktau kenapa tapi aku takut sejak kebelakangan ni :( rasa selalu tak sedap hati, korang if isya ada buat salah please maafkan isya ekk :') Saya hanya hamba Allah yg selalu melakukan kesilapan :)
|